Apr 25, 2009
kami telah berpindah

kepada kawan-kawan yang dihormati. mohon maaf kerana kami sudah lama tidak mengemaskini blog ini. untuk makluman kami telah berpindah ke http://familykecilku.blogspot.com/

terima kasih atas kesudian kawan-kawan...

salam hormat

Posted at 05:34 am by rozana_sobri
Make a comment  

Nov 27, 2008
Formula 1 de Monaco Monte Carlo

Monaco is one of the independent sovereign state which is located between the foot of the sourthern Alps and the Mediterranean.The most famous activities here is F1 which my favourite and the biggest casino running kat sini instead of Las Vegas. In 10th June 1215, semuanya bermula dimana tempat ini dijumpai oleh Genoan family.Ramai yang berpindah ke Monaco at that time sbb tax exemption.Mmg dari dulu agaknya org europe ni suka tax..the languange here is french and italian..tp sbb english bahasa perantaraan, so most of them could speak english..

Mukabumi kat sini berbukit2, macam sheffield tapi cerunnya lebih sharp sikit..Penat Azizul drive time ni..yerla..asyik tekan minyak..then tetiba kena tekan break..hai, ni baru F1 sebenar..tak tau la camne Michael Schumacher, Kimi, Alonso drive kat sini..kalu terpelanting, terus jatuh dalam laut..eii..gerunnn..time ni ibarat Azizul ngn kairul drive ferrarri..laluan yg ktrg lalu sumernya litar F1 sbb drg takder buat specific litar untuk perlumbaan macam Malaysia..just litar F1 Sepang, tapi kat sini, drg running on the public road.

Sejak tahun 1929, perlumbaan Grand prix diadakan setiap tahun on the street.The erecting of the circuit takes six weeks to complete, and the removal after the race another three weeks. The circuit has many elevation changes and tight corners, along with a tunnel. This together with being incredibly narrow make it perhaps the most demanding Formula One track. Only two drivers have ever crashed into the harbour, the most famous being Alberto Ascari in the 1955 Grand Prix (Ascari would lose his life four days later at Monza). The other was Paul Hawkins during the 1965 Grand Prix.

Disebabkan ktrg dah lalu jalan F1 dengan keta citroen, keta yang ktrg naik tersadai kat garaj pakcik italy...terpaksa la ktrg cakap italy time ni..klu tak pakcik tu tanak baiki keta..ayat mula ktrg cakap...'bonjorno'..ehehheh, then keta leh amik esok..so, ktrg amik teksi n tido kat Firenze(kalu ejaan lain Florentino..org italy sebut floqhon)..Khairul pula terpaksa teruskan perjalanan dengan wida dan anak2 tanpa ktrg...ktrg janji jumpa kat rome esoknya..

 


Posted at 06:47 am by rozana_sobri
Comment (1)  

Nov 23, 2008
Winter oh winter

Winter ni merupakan winter terakhir mangsa yang aku suka sangat nak nyakat dia..which is Mrs Law: Atie...taraaaaaa....masuk summer nanti atie dah betul2 bleh digelar lawyer..but the sad story is dia dah nak balik mesia...Pagi2 lagi ktrg dah keluar nak bergambar sbb time snow ni la sheffield kembali cerah..kalu tak asyik gelap jer..

Aku ngn huby gi bergambar dulu kat depan department..mmg cantik kat sana tu..Janji ngn sya, atie n syim nak gi Weston Park tapi sbb aku dok sibuk menikmati snow..so lewat la aku sampai ke park tu..jejak je kaki kat kawasan park tu..jeng..jeng..jeng...tetiba ribut snow melanda..kelepuk..seketul snow jatuh kat muka.....syaaaa...aku apa lagi..kejo..maka terjadila citer polis tan-3, berkejo2..ngn kanak2 ni..mangsa paling teruk biasa la..tak sya ataupun aty..muahhaha..

Lepas puas hati sbb sumer dah kena makan salji, ktrg pun join la segroup kanak2 yang begitu asyik mendesign snowman...ahahha..boleh tahan..cara nak buat snow man ni bukan mudah rupanya..takle kepal2 macam ais kepal dan letak je..ada caranya...which is kena gulung snow tu macam tikar mengkuang dan tegakkan menjadi orang...muahha..susah gak..aku tak buat pun..amik gambo je lebih..

Setelah sumer orang kesejukan, huby cadangkan ktrg menikmati minuman yang boleh mamanaskan badan..coffee la tu..mmg favourite betul dia dengan coffee..ktrg pun menuju la ke starbucks depan Weston Park Museum..kuak je pintu starbucks,wahhhhh..harumnya bau coffee...walaupun hati ni teringan nak makan frapucino caramel coffee cappucino, tapi sbb sejuk..terpaksa la batalkan niat..minum je rich cappucino..oleh sbb drg ni sumer tak breakfast lagi, so menu tambahan adalah vegetable panini..ermmm sedapnya...

Lepas lepak2..ktrg kuar lagi ke area uni..wahhhh..cantiknya...its' my university..

 


Posted at 08:21 am by rozana_sobri
Make a comment  

Nov 16, 2008
Autumn at Sheffield 2008

Autumn kat sini sungguh cantik, tapi aku  ngn hubby takder masa nak gi ambil gambar dek sibuk dengan kerja2 lab..maklum la dah masuk 2nd year ni, kerja semakin bertambah2..

Weekend ni cuaca nampak cerah..takder lagi ujan..aku ngn hubby pun keluar la gi tesco kat area umah kiteorg ni...lintas je padang tu, ternampak la spot autum yg cumel sgt......nak patah balik amik camera..malasnya...hubby kata, takpe..next week la kita amik..dia ni, asyik next week sampai pokok depan department aku dah botak..abis luruh..dia punya next week mmg takle pakai..kalu tunggu ni, mmg takdan aku nak posing autum 2008..ehehhe..

Ari ni hari Ahad, aku ngn huby nak ke skul, siapkan beberapa kerja sblm sv aku panggil mengadap on Monday..aku pun buat2 la nak gi tesco kejap..apa lagi..posing la..ahahha..cun jugakkkkk...

Teringat nak ajak kak afza n fais n kanak2 umah sya, tp sebab ktrg kesuntukan masa so, amik jela beberapa keping...buat kenangan autum2008..kalu ader kanak2 ni , mesti lagi best ktrg posing..ahahha..

jom menjamu mata di autumn at sheffield..


Posted at 05:40 am by rozana_sobri
Comment (1)  

Nov 9, 2008
Berjalan-jalan ke Spain

Viva dah lepas..tunggu nak submit update report kat supervisor..boringnya duduk terperap kat lab ni..makan lab..tido lab...lab..lab..sampai nak muntah dibuatnya..ngn result yang semakin hampeh..tensionnyaaaaaaa..Time ni dah nak masuk winter kat UK, tapi sejuknya mengalahkan winter yang sebenar..apa nak jadi kat negara sejuk beku ni aku pun tak tau..Nak jalan mana kat UK ni time sejuk-sejuk gini..bosan asyik jalan pakai baju tebal cam orang eskimo jer.. tetiba dengar suara mamat spain seko ni bising je kat meja aku..Jordi si labmate kesayangan aku ni kata kat kampung dia panas lagi..so aku pun belek2 la Ryan air..wahhhhh..ader tiket 10pound....apalagi aku pun calling-calling la sya n the geng...makcik sya dengan sepantas kilat bersetuju...ahahha..dia bab jalan ni ok ja..so, lepas keja-keja membooking selesai...apalagi.........jommm..spanyollllll........

Hari pertama ktrg lepak kat Manchster, flight sampai kul 11.00mlm time spain.Sampai je Girona airport, ktrg terus bergambar..excited la katakan, sampai gak kat satu lagi negara penjajah..so, nak tgk la majunya setakat mana.. ehehhe..Mlm tu ktrg bermalam kat hotel, just lintas jalan je dr Girona airport..Esok pagi after spanish breakfast, ktrg pun merayap la amik bas ke Barcelona city..tiket takla mahal cuma 12euro utk satu jam perjalanan..Sampai je Barcelona, ktrg terus simpan beg kat Barcelona Sants, then terus amik Ti-dia tiket(ala-ala day rider sheffield la), harganya 5.50euro..boleh pusing 24jam..so apalagi..kanak2 ni sumer tak reti2 nak letih...habis satu ke satu metro ktrg stop n amik gambar..kat Barcelona, tempat yg best ni cam Casa Mila, Casa Batlo, Segrada Familia,Drassaness(area pantai), stadium olimpik barcelona..banyak lagi la..letih giler la meronda..

Nak tau apa yg best...ha...ktrg dapat makan nasi beriani kat La Sani restorante..ehhehe..sedapppppp...Restoran ni kat Las Ramblas, hentian metro(liceu)..tempat ni Ezleen yang recommendkan..thanks yer ezleen..jasamu dikenang..ehehhe..Malamnya, ktrg terus nak train dari Barcelona ke Cordoba..mak aiiii..jauhnya..bertolak kul 9.30 malam n sampai ke Cordoba pukul 7.10pagi..tdo dlm train la..ahahha..sian syim time ni, terpaksa tido sebelah mamat spain..tapi takpe kan syim..leh syim ckp spain ngn mamat tu..komoestas..keh..keh..keh

Sampai kat Cordoba, ktrg plan nak cr hotel lain sbb hotel yg ktrg booking tu jauh sikit, n teksi agak mahal nak ke tempat tu..so ktrg dapat la tdo kat Cologne hotel dgn harga GBP50 book it now..quite reasonable la..cantik gak..syim dapat mamat spain ensem time ni..muahhaha..sya jeling2 je la..kang abg z maree...muahhaha..aku ushar2 hubby, kang dia marah pandang mamat ensem tu lama-lama...ahahhaha..wonderful world betullllllll...........

Kat Cordoba ni, ktrg mazequita..mesjid ni sgt unit kerana dlm dia bentuk sinosoidal wave..Kalu tok imam azan n baca khutbah, mmg tak perlu pakai mic..mmg cantik dan unik..tapi disebabkan kristian amik alih dan jadikan masjid ni church, so citer pun dah jadi lain..dan masjid punya suasana pun macam suram je...Kat sini ktrg menjamu selera makan kus-kus ngn pizza..sedapp...thanks kak mai, nasib baik kak mai cun, sbb tu mamat tu suh kak mai makan situ kan...muahahha..adala kedai halal kat area mezequita ni..

Esoknya, ktrg berjalan kaki ke Cordoba Sants semula nak amik train ke Granada..Bestnya..tak sabar nak tgk istana Al-Hambra..nak tau psal Al-hambra ni kena baca sejarah dulu..kat sini story telling takder mase nak citer panjang2..ehehhe..gambo ader..keh..keh..keh..Ktrg melepak sini dr pagi sampai malam..cumanya tak sempat nak gi Al-Baicin..huhuhu..sedih2..kalu ader masa leh gi sana lagi...bestnya dok spain..suasana macam dok kat Malaysia..balik tu terus demam selsema sbb brittain is coollllllllll


Posted at 09:44 am by rozana_sobri
Make a comment  

Oct 4, 2008
Majlis Perkahwinanku..

 

Susahnya nak upload..sampai letih..tapi takpa la..leh la refresh our wedding day lama2 sikit..ehehhe..baru semangat sikit..ehehhe..baru la rasa cam pengantin baru semula..walaupun dah veteren..muahahha

Majlis ini diadakan di dua buah state yang contradict, dimana tak pernah termimpi olehku nak bertemu jodoh dengan orang klate..kutuk2 member klate, alih2 tuhan punya kuasa, bertemu juga dengan orang dari negeri cik siti wan kembang ni..pape pun ok janji dia baik hati orangnya..

Setelah berpenat lelah (bukan kome, family kome la) dengan persiapan meyambut raja sehari, semua orang terbongkang tidur akibat keletihan..mak budak, bapak budak dan budak2 semua bergelimpangan tido..takder ruang pun nak lalu kat umah nenek di dalam bandar georgetown ni..Inilah satu-satunya rumah Melayu yang masih tegar duduk di tengah2 bandaraya ini..walaupun bising ngn kederaan lalu lalang, namun semua orang tido dengan nyenyaknya akibat keletihan..aku pula takle nak tido sebab inai penuh jari tangan dan kaki..si Ano la punya keja, abis diorang kenakan aku letak macam2, sampai jd cam sampah pun ader..aku takle nak sekeh dia time ni sbb tangan ,kaki sumer kaku time ni..hai..nasib la..

Weddingku ditaja oleh Mamu R..dia ni bapak sedaraku yang bongsu..mmg creative orangnya..mewarisi bakat nenekku yang pandai bab2 andam-mengandam ni..Dia ada wedding boutique kat KL tp keja hakiki kat MAS.Banyak tempahan terpaksa dia kensel sbb dia dah janji ngn arwah ibuku utk pastikan my wedding is from his own made design..yang kelakarnya ada satu baju tu, tak sempat jahit abis, tp sbb nak jugak aku pakai...sampai terpaksa dia jahit segala manik tu time tu juga..thanks mamu..bukan setakat baju pengantin, malah decorative cake, design bedroom, meja makan, dan juga pelamin sumer dia buat...untung i..

Majlis kat penang diakan betul-betul mengikut adat lama..ada majlis berinai, sanding malam berinai, majlis persandingan, majlis potong kek..so lama la majlis ni amik masa..bukan jadi raja sehari, jadi raja berhari2..muahhaha..letih mmg letih tapi bila mengenangkan orang yang incharge..i'm really apreaciate it..thank to my aunty Lily and uncle nazry yang bertindak selaku ibuku..

Majlis kat kelantan pula, kami kesana berkonvoi..auntie Nah drive Vios dia macam hantu...zzuuuppppp..terus sampai..tak sempat pakcik Nazry yang sprinter nak kejo..yang dengan Van penuh dengan kanak2...lambat la sbb asyik berenti2..maklum la..nak toilet la..nak main la..macam2..sampai je kat area Ketereh, ada orang jemput ktrg ke rumah tetamu..tp sbb hotel Renaissance dah di book, ahli keluarga yang lain sumer stay kat sana..Lepas je majlis kat kelantan, makcik2 sumer sibuk sungguh..bukan sibuk tolong umah pengantin...sibuk gi memborong kat pasar khadijah, gi pengkalan kubur..rantau panjang..amboi2..mentang2 sampai tempat shopping..drg tinggal je aku kat umah mertua..ahahha

Ginilah kisahnya majlis kami berdua..

 


Posted at 02:17 pm by rozana_sobri
Comments (2)  

Mula heni aku ader bog...

 

Wah...tetiba free sangat harini, so takder keja..aku pun buat la blog..tapi tak tau la lama mana blog aku ni nak bertahan..maklum la..tak pandai nak tulis2 ni..so untuk permulaan, aku pun update la gambar yang aku try create..jeng..jeng...

 


Posted at 11:53 am by rozana_sobri
Make a comment  


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed